Saturday, December 26, 2009

BUNKFACE NI SAPE???

Profil Sam

# Nama sebenar: Shamsul Annuar
# Tarikh lahir: 11 Disember 1987
# Tempat lahir: Basildon, England
# Zodiak: Sagitarius
# Adik beradik: Anak kedua daripada empat beradik

Profil Youk

# Nama sebenar: Muhammad Farouk Jaafar
# Tarikh lahir: 15 April 1989
# Asal: Kuala Lumpur
# Zodiak: Aries
# Adik beradik: Anak tunggal

Profil Paan

# Nama sebenar: Ahmad Farhan Hashim
# Tarikh lahir: 24 Ogos 1987
# Asal: Butterworth
# Zodiak: Virgo
# Adik beradik: Anak kedua daripada empat beradik.

Info Bunkface

# Sam dilahirkan di Basildon, England namun sejak umur lima tahun dia sudah kembali ke Malaysia. Anak kacukan British (sebelah ibu) dan Melayu (bapa) ini juga berbakat untuk diketengahkan di dalam bidang komersial.

# Sam mengenali Youk sejak usia lapan tahun, manakala Paan berkawan dengan Biak bermula di darjah dua.

# Nama Bunkface ini adalah hasil cetusan idea Biak sendiri yang diilhamkan daripada sebuah lagu nyanyian kumpulan Sum 41 berjudul Crazy Amanda Bunkface.

# Mengetengahkan konsep pop punk dan lebih terarah merakamkan lagu berbahasa Inggeris ciptaan mereka sendiri. Namun atas cadangan Paan, maka terhasillah lagu Situasi sekadar mencuba angin baru.

# Lagu Situasi merujuk kepada kehilangan satu benda yang berharga akibat kesilapan diri sendiri.

# Album penuh mereka sudah 50 peratus siap dan semua lagu ciptaan mereka dirakamkan di studio 2105, Taman Tun Dr Ismail milik kumpulan Pop Shuvit.

# Lagu Revolusi menjadi single kedua yang dimainkan selepas Situasi.

# Terdapat beberapa lagu mereka seperti Situasi, Revolusi dan Silly Lilly sudah dimainkan di Singapura.

# Biarpun menerima tawaran daripada syarikat rakaman, kumpulan ini selesa bergerak sendiri.

# Bajet dan kos menghasilkan album sulung ini terlaksana dengan duit yang dikumpul sendiri dan ketika membuat persembahan.

# Sam pernah bekerja di Secret Recipe di Bukit Tinggi, Klang semata-mata ingin mengumpul duit membikin album. Demikian juga dengan Youk yang pernah bekerja di butik pakaian East India dan Paan bekerja di kafe siber.

# Biarpun sudah semakin popular, akui mereka, peningkatan harga membuat persembahan naik tapi bukan terlalu mendadak. Mereka masih boleh dibawa berbincang dan berkompromi dengan promoter mahupun penganjur berhubung soal bayaran.

# Menerima tajaan pakaian jenama Extreme/ Zero Hour selama setahun.

# Myspace: www.myspace.com/bunkface

BUNKFACE @ JAKARTA ( BUNK ANTHEM VC )

Lagu Bunk Anthem hasil ciptaan group ni sendiri... mmg best gile lagu ni....





BUNKFACE @ UOX PLAY

Sebuah band indie yang telah menggegarkan seluruh Malaysia dengan lagu seperti Situasi & Revolusi.





BUNKFACE @ SHOUT AWARDS 2009

Band indie, Bunkface mengungguli Shout! Awards yang julung kali diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil dengan kemenangan 'hattrick' semalam.Bunkface meraih anugerah Rockstar dan Break Out bagi kategori muzik selain anugerah The Ultimate Shout! Award.